Ketahuilah bahawa manusia ini bukanlah
dijadikan untuk gurau-senda atau "sia-sia" saja. Tetapi adalah
dijadikan dengan 'Ajaib sekali dan untuk tujuan yang besar dan mulia.
Meskipun manusia itu bukan Qadim (kekal dari azali lagi), namun ia hidup
selama-lamanya. Meskipun tubuhnya kecil dan berasal dari bumi,
namun Ruh atau Nyawa adalah tinggi dan berasal dari sesuatu yang bersifat
Ketuhanan. Apabila hawa nafsunya dibersihkan sebersih-bersihnya,
maka ia akan mencapai taraf yang paling tinggi. Ia tidak lagi menjadi
hamba kepada hawa nafsu yang rendah. Ia akan mempunyai sifat-sifat
seperti Malaikat.
Dalam peringkat yang tinggi itu,
didapatinya SyurgaNya adalah dalam bertafakur mengenang Alloh Yang Maha Indah
dan Kekal Abadi.
Tidaklah lagi ia tunduk kepada
kehendak-kehendak kebendaan dan kenafsuan semata-mata. Al-Kimiya'
Keruhanian yang membuat pertukaran ini. Seorang manusia itu adalah ibarat
Kimia yang menukarkan logam biasa (Base Metal) menjadi emas. Kimia ini
bukan senang hendak dicari. Ia bukan ada dalam sebarang rumah
orang.
Kimia ini ialah ringkasnya berpaling
dari dunia dan menghadap kepada Alloh Subhanahuwa Taala.
Bahan-bahan Kimia ini adalah empat :
1. Mengenal
Diri
2. Mengenal Alloh
3. Mengenal Dunia ini Sebenarnya. (Hakikat Dunia)
4. Mengenal Akhirat Akhirat sebenarnya (Hakikat)
2. Mengenal Alloh
3. Mengenal Dunia ini Sebenarnya. (Hakikat Dunia)
4. Mengenal Akhirat Akhirat sebenarnya (Hakikat)
Tambah lagi satu bahan-bahan kimianya
yaitu Mencintai Alloh sebagaimana yang terdapat dalam bab-bab.
Kita akan teruskan perbincangan kita
berkenaan bahan-bahan ini satu-persatu...Insya Alloh.
Untuk menerangkan Al-Kimiya' itu dan
cara-cara operasinya, maka pengarang (Imam Ghazali) coba menulis Kitab
ini dan diberi judul "Al-Kimiya' As-Saadah" yakni Kimia
Kebahagiaan. Bahwa perbendaharaan Tuhan dimana Kimia ini boleh didapati ialah
Hati Para Ambiya' dan pewaris-pewarisNya dari kalangan ulama-ulama Sufi
kalangan Aulia Alloh. Barang siapa yang mencarinya selain itu adalah
sia-sia dan akan Muflis (bangkrut) di Hari Pengadilan kelak apabila ia
mendengar suara yang mengatakan :
"Kami
telah angkat tirai dari kamu, dan pandangan kamu hari ini sangat
tajam dan nyata". (Qaaf:22)
Alloh Subhanahuwa Taala telah turunkan
ke bumi ini 124,000 orang Ambiya untuk mengajar manusia tentang bahan-bahan
Al-Kimiya ini. Bagaimana hendak menyucikan hati mereka dari sifat-sifat
rendah dan keji itu. Ikuti perkembangan perbincangan Imam Ghazali ini
dari satu tingkat ke satu tingkat yang membuka jalan-jalan orang-orang Sufi
yang mencapai Maqam Mahabbah, puncak tertinggi kebahagiaan yang ingin dimiliki
oleh orang-orang yang Mengenal Alloh.
Terjemahan Kitab Kimyatusy- Sya'adah -
KIMIA KEBAHAGIAAN - Karya : Imam Al-Ghazali
Tidak ada komentar:
Posting Komentar